ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KANUN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH SELANGOR 1991

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXVVII - PERKARA AM



Seksyen 219. Pampasan oleh kerana tuduhan dibuat tanpa alasan.

Jika mana-mana orang menyebabkan Pegawai Penguatkuasa Agama atau Pegawai Polis menangkap seseorang dan Hakim yang boleh membicarakan kes itu berpendapat bahawa tidak ada alasan yang mencukupi yang boleh menyebabkan orang itu ditangkap, Hakim boleh memberi pampasan yang ditetapkan olehnya tidak lebih daripada lima ratus ringgit yang akan dibayar oleh orang yang menyebabkan penangkapan itu kepada tiap-tiap orang yang ditangkap kerana kerugian masa dan lain-lain perbelanjaan yang dialami olehnya sebagaimana difikirkan patut oleh Hakim.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.