ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - KESALAHAN
Darihal menghina kuasa yang sah di sisi undang-undang bagi penjawat awam



Seksyen 107. Maklumat palsu, dengan niat menyebabkan penjawat awam menggunakan kuasanya yang sah di sisi undang-undang yang mendatangkan bencana kepada seseorang lain.

Mana-mana orang memberi kepada seseorang penjawat awam apa-apa maklumat secara lisan atau bertulis yang ia ketahui atau percaya sebagai palsu; dengan maksud dengan jalan demikian itu hendak menyebabkan, atau dengan mengetahui bahawa ia mungkin dengan jalan demikian itu menyebabkan, penjawat awam itu menggunakan kuasanya yang sah di sisi undang-undang yang mendatangkan bencana atau kegusaran kepada seseorang, atau melakukan atau meninggalkan atau tidak meninggalkan sekiranya keadaan yang sebenar berkenaan dengan hal yang dimaklumkan itu, telah diketahui olehnya, adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.