ENAKMEN 7 TAHUN 2002
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002

BAHAGIAN V - PENDAKWAAN DAN PEWAKILAN



Seksyen 67. Pegawai Penguat kuasa Agama.

Majlis boleh melantik daripada kalangan anggota perkhidmatan awam am Persekutuan atau perkhidmatan bersama, seorang Ketua Pegawai Penguat kuasa Agama dan Pegawai-Pegawai Penguat kuasa Agama untuk menjalankan penyiasatan kesalahan-kesalahan di bawah Enakmen ini atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.