ENAKMEN 13 TAHUN 1984
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1984

BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
Bab 1 - Penjagaan ke atas Orang dan Harta



Seksyen 97. Perintah larangan oleh Mahkamah

(1) Walau apa pun peruntukan-peruntukan seksyen 85, Mahkamah boleh, jika ia fikirkan perlu berbuat demikian, membuat suatu perintah melarang bapa atau datuk lelaki di sebelah bapa seorang kanak-kanak atau wasi-wasi mereka masing-masing atau wasi-wasi kepada wasi-wasi mereka masing-masing dari-

(2) Kemungkiran mematuhi sesuatu perintah yang di buat di bawah seksyen ini boleh dikenakan hukuman sebagai suatu penghinaan terhadap Mahkamah dan Mahkamah, sebagai tambahan kepada hukuman yang dijatuhkan itu bolehlah memerintahkan orang yang disabitkan kesalahannya itu membayar kepada kanak-kanak itu wang pampasan yang tidak lebih daripada nilai harta itu.

(3) Mahkamah tidak boleh membuat apa-apa perintah dibawah subseksyen (2) melainkan jika perlu atau baik bagi kepentingan kanak-kanak itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.