ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN IV - PERKARA-PERKARA KEWANGAN
Zakat dan Fitrah



Seksyen 164. Pungutan-pungutan kerana khairat.

(1) Pesuruhjaya boleh memungut atau memberi lesen kepada mana-mana orang atau kumpulan orang, membenarkan mereka memungut wang atau pendermaan bagi apa-apa tujuan khairat kerana membantu dan memajukan Agama Islam atau bagi faedah orang-orang Islam mengikut Hukum Syara', dan bolehlah di dalam lesen sedemikian mengenakan apa-apa syarat yang dia fikirkan patut.

(2) Hendaklah disifatkan sebagai menjadi satu syarat bagi tiap-tiap lesen itu bahawa pemegangnya dan tiap-tiap orang lain yang dibenarkan oleh lesen itu memungut wang atau derma hendaklah-
(3) Wang yang dipungut mengikut seksyen ini bolehlah digunakan bagi sesuatu maksud yang tertentu jika Pesuruhjaya memberi perintah sedemikian itu, akan tetapi hendaklah, jika tidak ada sebarang perintah yang sebegitu, dimasuk dan dijadikan sebahagian daripada Kumpulan Wang.

(4) Tidaklah boleh mana-mana orang membuat atau mengambil bahagian dalam pekerjaan memungut wang atau derma bagi apa-apa maksud khairat yang tersebut dalam subseksyen (1) melainkan dengan kuasa dan mengikut lesen sebagaimana yang diberi di bawah subseksyen (1).




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.