ENAKMEN 12 TAHUN 2002
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002

BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
Penjagaan ke atas Orang Dan Harta



Seksyen 96. Cagaran hendaklah diberi.

(1) Jika seseorang dilantik oleh Mahkamah menjadi penjaga bagi harta seseorang kanak-kanak maka dia hendaklah, melainkan jika Mahkamah memerintahkan selainnya, memberi cagaran dengan apa-apa nilai yang ditetapkan bagi pelaksanaan sewajarnya kewajipankewajipannya sebagai penjaga.

(2) Cagaran itu hendaklah diberikan mengikut cara yang ditetapkan pada masa ini dalam hal penerima-penerima yang dilantik oleh Mahkamah; dan penjaga yang dilantik itu hendaklah mengemukakan akaun-akaunnya pada tempoh-tempoh yang diperintahkan, dan hendaklah membayar apa-apa baki yang diperakui kena dibayar olehnya ke dalam Mahkamah mengikut cara yang ditetapkan dalam hal penerima-penerima.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.