ENAKMEN 2 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM 1992

BAHAGIAN IV - MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 53. Peralihan Mahkamah dan Hakim.

(1) Apabila sahaja mula berkuatkuasanya Enakmen ini, Mahkamah Kadhi Besar dan Mahkamah Kadhi hendaklah dikenali dan disifatkan sebagai Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah mengikut mana-mana berkenaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 40 dan semua prosiding yang belum diputuskan dalam Mahkamah tersebut hendaklah diteruskan dan disifatkan sebagai telah dijalankan di bawah Enakmen ini.

(2) Mana-mana orang yang sebaik sahaja sebelum berkuatkuasanya Enakmen ini memegang jawatan Kadhi Besar atau diberi kuasa menjalankan tugas Kadhi Besar hendaklah apabila mula berkuatkuasanya Enakmen ini, memegang jawatan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah seolah-olah dia telah dilantik di bawah seksyen 41.

(3) Mana-mana orang yang sebaik sahaja sebelum berkuatkuasanya Enakmen ini memegang jawatan Kadhi hendaklah apabila berkuatkuasanya Enakmen ini, memegang jawatan Hakim Mahkamah Rendah Syariah seolah-olah dia telah dilantik di bawah seksyen 42.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.