ENAKMEN 5 TAHUN 2005
ENAKMEN WAKAF (NEGERI MELAKA) 2005


JADUAL KEDUA
JADUAL KEDUA

(Seksyen 31)

JAWATANKUSA PENGURUSAN WAKAF


Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Wakaf.

1. (1) Jawatankuasa Pengurusan Wakaf hendaklah bermesyuarat sekurang-kurang empat kali setahun.
Kehadiran orang luar dalam mesyuarat.

2. Jawatankuasa Pengurusan Wakaf boleh mengundang mana-mana orang (yang bukan ahli Jawatankuasa) menghadiri mana-mana mesyuarat atau perbincangan Jawatankuasa Pengurusan Wakaf bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang dibincangkan tetapi mana-mana orang yang hadir sedemikian tidak berhak mengundi dalam mesyuarat.

Penzahiran kepentingan.

3. Seseorang ahli Jawatankuasa Pengurusan Wakaf yang secara langsung atau secara tidak langsung, mempunyai kepentingan sendiri atau melalui keluarga atau pekongsinya yang Jawatankuasa Pengurusan Wakaf bercadang hendak membuat suatu kontrak itu atau dalam apa-apa perkara yang dibincangkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Wakaf, hendaklah menzahirkan hakikat dan jenis kepentingannya itu kepada Jawatankuasa Pengurusan Wakaf, dan penzahiran itu hendaklah direkodkan dalam minit Jawatankuasa Pengurusan Wakaf dan anggota itu tidak boleh mengambil bahagian dalam perbincangan atau keputusan Jawatankuasa Pengurusan Wakaf yang berhubungan dengan kontrak atau perkara itu.

Jawatankuasa Pengurusan Wakaf hendaklah mengemukakan laporannya.

4. Jawatankuasa Pengurusan Wakaf hendaklah, pada tiap-tiap tahun, mengemukakan kepada Majlis satu laporan mengenai wakaf bagi tahun yang terdahulu sebelum 30 haribulan Mac tahun yang berikutnya.

Minit.

5. (1) Jawatankuasa Pengurusan Wakaf hendaklah menyebabkan minit segala mesyuaratnya disenggara dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya.


Diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri yang bersidang pada 30 Mac 2005.
[PUN(M)353/46/73]

MOHD ZIN BIN MANSOR,
Setiausaha,
Dewan Undangan Negeri,
Melaka




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.