ORDINAN 43 TAHUN 2001
ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM, 2001

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN



Seksyen 82. Jenis perintah tahanan pendapatan-tenaga.

(1) Suatu perintah tahanan pendapatan-tenaga hendaklah menghendaki orang yang terhadapnya perintah yang berkenaan itu diarahkan, yang merupakan seseorang yang ternampak kepada Mahkamah sebagai majikan pihak kena tuntut, supaya membuat pembayaran daripada pendapatan-tenaga yang kena dibayar kepada pihak kena tuntut sebagai penyelesaian terhadap perintah itu.

(2) Amaun yang ditetapkan dalam perintah tahanan pendapatan-tenaga hendaklah sekian jumlah wang yang Mahkamah fikirkan munasabah setelah menimbangkan kemampuan dan keperluan pihak kena tuntut dan keperluan orang-orangnya yang pihak kena tuntut wajib tanggung atau semunasabahnya patut tanggung.

(3) Suatu perintah tahanan pendapatan-tenaga hendaklah mengandungi, setakat yang diketahui oleh Mahkamah yang membuat perintah itu, apa-apa butir yang ditetapkan bagi maksud membolehkan pihak kena tuntut itu dikenali pasti oleh orang yang terhadapnya perintah itu diarahkan.

(4) Suatu perintah tahanan pendapatan-tenaga atau apa-apa perubahan kepadanya tidaklah boleh mula berkuat kuasa sehingga habis tempoh tujuh hari dari tarikh salinan perintah itu disampaikan kepada orang yang terhadapnya perintah itu diarahkan.

(5) Suatu perintah tahanan pendapatan-tenaga hendaklah menetapkan pegawai yang kepadanya pembayaran-pembayaran di bawah perintah itu hendak dibuat.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.