ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH-MAHKAMAH JENAYAH
BAB IV - PROSES UNTUK MEMAKSA KEHADIRAN
Waran Tangkap



Seksyen 34. Waran kepada siapa diarahkan.

(1) Sesuatu waran tangkap hendaklah biasanya diarahkan kepada Pegawai Penguatkuasa Agama dan Pegawai itu boleh melaksanakan waran tersebut di mana-mana bahagian di dalam Negeri.

(2) Mahkamah yang mengeluarkan waran bolehlah mengarahkannya kepada Ketua Polis Negara dan lain-lain Pegawai Polis di dalam Negeri dan Pegawai Polis itu boleh melaksanakan waran tersebut.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.