ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN VI - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB 3 - PENYEMAKAN



Seksyen 168. Kuasa untuk menyemak.

(1) Apabila mana-mana Hakim Mahkamah Rendah Syariah, selepas menyampaikan keputusannya berpendapat bahawa keputusannya adalah tersilap, dia boleh merujukkan keputusannya kepada Mahkamah Tinggi Syariah untuk penyemakan; dan mana-mana Hakim Mahkamah Tinggi Syariah boleh berbuat sedemikian, kepada Mahkamah Rayuan Syariah.

(2) Walau apa pun yang terkandung dalam subseksyen (1), Mahkamah Tinggi Syariah boleh memanggil dan memeriksa rekod-rekod mana-mana prosiding di hadapan Mahkamah Rendah Syariah bagi maksud memuaskan dirinya tentang ketepatan, keesahan atau kewajaran mana-mana dapatan, hukuman atau perintah yang direkodkan atau dijatuhkan dan tentang teraturnya mana-mana prosiding di Mahkamah itu; dan Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah juga mempunyai bidangkuasa penyemakan berkaitan dengan mana-mana prosiding jenayah atau perkara jenayah di hadapan sesuatu Mahkamah Tinggi Syariah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.