ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB XII - CARA MENGAMBIL DAN MEREKODKAN KETERANGAN



Seksyen 118. Cara merekodkan keterangan.

(1) Keterangan yang diambil di bawah seksyen 117 hendaklah tidak semestinya diambil dalam bentuk soal jawab, tetapi dalam bentuk narratif.

(2) Hakim yang menjalankan perbicaraan itu boleh atas budibicaranya mengambil apa-apa soal jawab yang tertentu.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.