ENAKMEN 4 TAHUN 2001
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (TERENGGANU) 2001

BAHAGIAN XVIII - PENGUATKUASAAN DAN PERLAKSANAAN
BAB 2 - PENGUATKUASAAN



Seksyen 151. Penguatkuasaan penghakiman untuk melakukan atau menahan diri daripada melakukan sesuatu perbuatan.

(1) Jika-


maka, tertakluk kepada Enakmen ini, penghakiman atau perintah itu bolehlah dikuat kuasakan melalui satu atau lebih daripada satu cara yang berikut, iaitu-


(2) Jika suatu penghakiman atau perintah menghendaki seseorang melakukan sesuatu perbuatan dalam masa yang dinyatakan dalamnya dan suatu perintah dibuat kemudiannya di bawah seksyen 152 menghendaki perbuatan itu dilakukan dalam suatu masa yang lain, maka sebutan dalam subseksyen (1) mengenai penghakiman atau perintah hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai perintah yang dibuat di bawah seksyen 152.

(3) Jika di bawah mana-mana penghakiman atau perintah yang menghendaki penghantarserahan apa-apa harta alih, orang yang boleh dikenakan pelaksanaan mempunyai pilihan untuk membayar nilai tertaksir harta itu, dan penghakiman atau perintah itu tidak boleh dikuatkuasakan melalui perintah pengkomitan di bawah subseksyen (1), maka Mahkamah boleh, atas permohonan orang yang berhak menguatkuasakan penghakiman atau perintah itu, membuat suatu perintah yang menghendaki orang yang mula-mula disebut itu menghantarserahkan harta itu kepada pemohon dalam masa yang dinyatakan dalam perintah itu dan perintah itu bolehlah dilaksanakan sedemikian.

(4) Permohonan di bawah subseksyen (3) hendaklah dibuat dalam Borang MS 33 dan disokong dalam afidavit dan suatu salinan permohonan dan afidavit itu hendaklah disampaikan kepada orang yang terhadapnya perintah itu hendak dikuat kuasakan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.