ORDINAN 7 TAHUN 1991
ORDINAN ACARA MAL SYARIAH 1991

BAHAGIAN XV - SEPINA



Seksyen 100. Orang dalam tahanan.

Pihak yang menghendaki kehadiran seseorang yang berada dalam tahanan pihak berkuasa boleh dikehendaki mendepositkan dalam Mahkamah kos pengangkutan dan saraannya kepada dan daripada Mahkamah itu. Tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang bertulis, Mahkamah boleh sesudah itu mengeluarkan perintah supaya orang yang berada dalam tahanan pihak berkuasa itu dibawa ke Mahkamah dan pegawai yang berkenaan itu hendaklah mematuhi perintah Mahkamah itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.