ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH (SYARIAH) 1992

BAHAGIAN III - KESALAHAN BERHUBUNGAN DENGAN AQIDAH



Seksyen 11. Dakwaan Palsu.

Sesiapa yang mengaku dirinya atau orang lain itu nabi, Imam Mahadi atau wali atau berlagak atau mengeluarkan kata-kata atau mengakui bahawa dia atau orang lain itu mengetahui kejadian ghaib dengan dakwaan palsu dan bertentangan dengan ajaran Islam adalah bersalah atas suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.