ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXVII - ORANG TAK SEMPURNA AKAL



Seksyen 220. Menyerahhantarkan orang yang tidak sempurna akal kepada pengawalan saudaranya.

(1) Apabila mana-mana saudara atau sahabat orang yang ditahan di hospital mental di bawah peruntukan seksyen 213 atau 217 membuat permohonan supaya orang tersebut diserahhantarkan di bawah pengawalan atau jagaan dan memberi jaminan yang memuaskan hati Yang di-Pertuan Besar bahawa orang itu akan dijaga dengan sempurna dan akan dihalang daripada melakukan kecederaan kepada dirinya sendiri atau mana-mana orang lain, Yang di-Pertuan Besar bolehlah mengikut budibicaranya, selepas berunding dengan pelawat-pelawat atau mana-mana dua orang daripada mereka dan Penguasa Perubatan hospital mental tersebut memerintahkan orang itu diserahhantarkan kepada saudara atau sahabat tersebut dengan syarat jika orang itu ditahan di bawah peruntukan seksyen 213 Yang di-Pertuan Besar boleh selanjutnya menghendaki saudara atau sahabat itu memberi jaminan yang memuaskan hati Yang di-Pertuan Besar jika pada bila-bila masa Yang di-Pertuan Besar mendapati bahawa orang itu berupaya membela dirinya, saudara atau sahabat tersebut hendaklah mengemukakan orang itu untuk dibicarakan.

(2) Apabila orang itu diserahhantarkan sedemikian, dia hendaklah dengan syarat bahawa dia hendaklah dikemukakan untuk pemeriksaan oleh pegawai tersebut dan pada masa sebagaimana yang diarahkan oleh Yang di-Pertuan Besar.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.