ENAKMEN 5 TAHUN 2005
ENAKMEN WAKAF (NEGERI SEMBILAN) 2005
BAHAGIAN XI - PERUNTUKAN PERALIHAN
Seksyen 59. Majlis hendaklah mendapatkan pendapat Jawatankuasa Fatwa jika mawquf-alaih tidak dapat dikesan.
Majlis hendaklah mendapatkan pendapat Jawatankuasa Fatwa jika
mawquf-alaih
bagi sesuatu wakaf yang dibuat sebelum permulaan kuat kuasa Enakmen ini—
(a)
dalam hal orang perseorangan, telah mati;
(b)
dalam hal orang yang diperbadankan, persatuan, atau institusi, tidak wujud lagi; atau
(c)
tidak dapat dikesan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.