ENAKMEN 13 TAHUN 2003
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB 8 - DARIHAL KETIDAKTERATURAN PROSIDING



Seksyen 210. Peninggalan membentuk pertuduhan

(1) Tiada dapatan atau hukuman yang diumumkan atau dijatuhkan boleh disifatkan tidak sah semata-mata atas alasan bahawa tiada pertuduhan telah dibentuk melainkan jika, pada pendapat Mahkamah Rayuan, kegagalan keadilan telah disebabkan olehnya.

(2) Jika Mahkamah Rayuan berpendapat bahawa kegagalan keadilan telah disebabkan oleh peninggalan untuk membentuk suatu pertuduhan, Mahkamah itu hendaklah memerintahkan supaya suatu perbicaraan baru diadakan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.