ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH DALAM SYARAK 1991

BAHAGIAN V - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVIII - TINDAKAN MENGENAI BEBERAPA KESALAHAN BERKENAAN PENTADBIRAN KEADILAN



Seksyen 153. Prosedur mengenai kesalahan dilakukan di hadapan Mahkamah.

Apabila sesuatu kesalahan yang disebutkan di dalam seksyen 157 telah dilakukan di dalam pandangan atau di hadapan Mahkamah Kadi, Mahkamah itu boleh mengarahkan orang itu ditahan dan pada bila-bila masa sebelum penangguhan Mahkamah hari itu, boleh, jika difikir patut, membicarakan kesalahan itu dan menghukumkan pesalah dengan denda tidak melebihi lima ratus ringgit atau jika denda tidak dibayar, dipenjarakan selama tempoh hingga tiga bulan melainkan denda itu dibayar lebih dahulu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.