Tr. P.U. 4/2002
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (HUDUD DAN QISAS) TERENGGANU 1423H/2002M


JADUAL II
JADUAL II

(Subseksyen 41(a))


Jumlah irsy yang dikenakan bayarannya kerana melakukan itlaf-al-udhw dan itlaf-solahiyyatu-al-udhw adalah seperti berikut:


Bil
Jenis cedera
Jumlah irsy
1.Kehilangan anggota yang tunggal, seperti hidung atau lidahsatu diyat

2.Kehilangan anggota yang berpasang seperti tangan,aki, mata, bibir, buah dada dan telingasatu diyat jika satu pasang yang cedera, tetapi ½ diyat jika satu sahaja yang cedera.

3.Kehilangan anggota yang berempat seperti bulu mata atau kelopak mata¼ diyat jika satu anggota sahaja yang cedera, ½ diyat jika dua anggota itu cedera, ¾ diyat jika tiga anggota yang cedera, dan satu diyat jika kesemua empat-empat anggota itu cedera.

4.Sebatang jari tangan atau jari kaki1/10 diyat

5.Satu sendi jari1/30 diyat

6.Satu sendi ibu jari1/20 diyat

7.Sebatang gigi yang bukan gigi susu1/20 diyat

8.Dua puluh batang gigisatu diyat

9.Sebatang gigi susuirsynya sebanyak mana yang ditentukan oleh Mahkamah

10.Mencabut kesemua rambut di kepala, janggut, misai, bulu kening, bulu mata dan di mana-mana sahaja di badan satu diyat







Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.