ENAKMEN 12 TAHUN 1985
ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM
BAHAGIAN V - PEMBUBARAN PERKAHWINAN
Seksyen 45. Timbangtara oleh hakam.
(1) Jika Mahkamah berpuas hati bahawa perkelahian (
shiqaq
) sentiasa berlaku antara pihak-pihak kepada sesuatu perkahwinan, Mahkamah boleh melantik, mengikut Hukum Syara', dua orang penimbangtara atau
hakam
untuk bertindak bagi pihak suami dan isteri yang berkenaan itu masing-masing.
(2) Pada melantik
hakam
di bawah subseksyen (1), Mahkamah hendaklah, jika boleh, memberi keutamaan kepada saudara-saudara karib pihak-pihak yang berkenaan itu yang tahu akan hal keadaan kes itu.
(3) Mahkamah boleh memberi arahan-arahan kepada
hakam
tentang hal menjalankan penimbangtaraan dan mereka hendaklah menjalankannya mengikut arahan-arahan itu dan Hukum Syara';
(4) Jika
hakam
tidak dapat bersetuju, atau jika Mahkamah tidak puas hati dengan cara mereka menjalankan penimbangtaraan itu, Mahkamah boleh memecat mereka dan melantik
hakam
lain bagi menggantikan mereka.
(5)
Hakam
hendaklah berusaha untuk mendapatkan kuasa penuh daripada prinsipal mereka masing-masing, dan boleh, jika kuasa mereka membenarkan, melafazkan satu
talaq
di hadapan Mahkamah jika dibenarkan sedemikian oleh Mahkamah, dan jika demikian halnya, Mahkamah hendaklah merekodkan lafaz satu
talaq
itu, dan menghantar satu salinan rekod itu yang diperakui kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar untuk didaftarkan.
(6) Jika
hakam
berpendapat bahawa pihak-pihak itu patut bercerai tetapi tidak dapat mendikrikan perceraian oleh kerana sesuatu sebab, Mahkamah hendaklah melantik
hakam
lain dan hendaklah memberi kepada mereka kuasa untuk mendikrikan perceraian dan hendaklah, jika mereka berbuat demikian, merekodkan dikri itu dan menghantarkan satu salinan rekod itu yang diperakui kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar untuk didaftarkan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.