ENAKMEN 8 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH 2002

BAHAGIAN VI - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB 2 - DARIHAL RAYUAN KEPADA MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH



Seksyen 153. Notis rayuan

(1) Tiap-tiap rayuan hendaklah dibuat dengan notis bertulis yang hendaklah difailkan dengan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, di tempat keputusan yang dirayukan itu telah diberikan, dalam masa empat belas hari dari tarikh keputusan itu.

(2) Tiap-tiap notis rayuan hendaklah menyatakan secara ringkas isi penghakiman yang terhadapnya rayuan dibuat, hendaklah mengandungi alamat di mana apa-apa notis atau dokumen berkaitan dengan rayuan itu boleh disampaikan kepada perayu atau kepada Peguam Syarienya, dan, kecuali jika notis rayuan itu diberikan secara lisan di bawah seksyen 156, hendaklah ditandatangani oleh perayu atau Peguam Syarienya.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.