ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN VII
BAB XXIX - PERKARA AM



Seksyen 228. Kuasa Mahkamah memanggil dan memeriksa seseorang.

Mana-mana Mahkamah boleh di mana-mana peringkat perbicaraan atau prosiding lain di bawah Enakmen ini menyaman seseorang sebagai saksi atau memeriksa seseorang yang hadir sungguhpun ia tidak disaman sebagai saksi atau memanggil semula dan memeriksa semula mana-mana orang yang telah diperiksa dan Mahkamah hendaklah menyaman dan memeriksa atau memanggil semula dan memeriksa semula mana-mana orang itu jika keterangannya didapati perlu demi untuk keputusan yang adil bagi kes itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.