ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB 8 - KETAKTERATURAN DALAM PROSIDING



Seksyen 205. Salah tempat prosiding, dll.

Tiada suatu dapatan, hukuman atau perintah mana-mana Mahkamah boleh diketepikan hanya atas alasan bahawa perbicaraan atau prosiding lain yang dalam masa menjalankannya, dapatan, hukuman atau perintah itu dicapai, dijatuhkan atau dibuat, telah dijalankan di dalam kawasan tempatan yang salah atau di hadapan Mahkamah yang salah, melainkan jika kesalahan itu menyebabkan ketidakadilan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.