ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN XII - PEMINDAHAN PROSIDING



Seksyen 94. Pemindahan daripada Mahkamah Rendah Syariah ke Mahkamah Tinggi Syariah.

Jika suatu perintah dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah untuk memindahkan apa-apa prosiding daripada Mahkamah Rendah Syariah ke Mahkamah Tinggi Syariah, Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah hendaklah menghantar kepada Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, fail prosiding itu dan, segala catatan prosiding dan Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah hendaklah memberikan notis pemindahan itu dalam Borang MS 17 kepada tiap-tiap pihak dalam tindakan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.