ORDINAN 7 TAHUN 1991
ORDINAN ACARA MAL SYARIAH 1991

BAHAGIAN XXVI - PENTADBIR WASIAT DAN PENTADBIR HARTA PUSAKA



Seksyen 193. Penghakiman terhadap harta pusaka yang diterima kemudian.

Apabila suatu penghakiman itu perlu dilaksanakan daripada harta si mati yang mungkin diterima oleh Pentadbir Wasiat atau Pendaftar Harta Pusaka pada masa hadapan yang perlu ditadbirkan olehnya, perintah perlaksanaan tidak boleh dikeluarkan tanpa izin Mahkamah dan notis permohonan perintah itu hendaklah disampaikan kepada Pentadbir Wasiat atau Pentadbir Harta Pusaka. Jika penyalahgunaan dikatakan berlaku semenjak tarikh penghakiman itu, perlaksanaan boleh diperintahkan terhadap Pentadbir Wasiat atau Pentadbir Harta Pusaka setakat penyalahgunaan dan kos itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.