ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG
BAHAGIAN IV - MAHKAMAH SYARIAH
Seksyen 43. Perlantikan Ketua Hakim Syarie.
(1) Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Majlis, melantik seorang Ketua Hakim Syarie.
(2) Seseorang itu layak dilantik di bawah subseksyen (1) jika-
(a
) dia seorang warganegara; dan
(b
) dia-
(i) selama tidak kurang daripada sepuluh tahun sebelum perlantikannya, telah memegang jawatan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah atau Kathi atau Pendaftar atau Pendakwa Syarie sesuatu Negeri atau pada suatu masa memegang mana-mana satu daripada jawatan itu dan pada masa yang lain memegang mana-mana yang lain pula; atau
(ii) seorang yang arif tentang Hukum Syara'.
(3) Orang yang, sebelum sahaja mula berkuatkuasanya seksyen ini, memegang jawatan Kathi Besar di bawah subseksyen (1) seksyen 38 Undang-Undang Pentadbiran Ugama Islam Tahun 1959 dan melaksanakan fungsi-fungsi kehakiman hendaklah, apabila mula berkuatkuasanya seksyen ini, terus memegang jawatan sebagai Ketua Hakim Syarie seolah-olah dia telah dilantik di bawah subseksyen (1).
(4) Perlantikan di bawah seksyen ini hendaklah disiarkan dalam
Warta.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.