ENAKMEN 4 TAHUN 1993
ENAKMEN JENAYAH DALAM SYARAK 1991

BAHAGIAN II - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 23. Takfir.

(1) Mana-mana orang yang mengatakan atau mengaitkan melalui kata-kata, sama ada bertutur atau tulisan, atau melalui isyarat, atau melalui gambaran yang boleh dilihat atau melalui apa-apa perbuatan, kegiatan, atau kelakuan, atau dengan mengelola, menggalak atau memperaturkan apa-apa kegiatan atau selainnya dengan apa jua cara, bahawa mana-mana orang yang menganuti Agama Islam, atau orang-orang yang tergolong dalam mana-mana kumpulan, kelas atau perihalan orang yang menganuti Agama Islam:
adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya:

Dengan syarat bahawa seksyen ini tidak boleh dipakai bagi:
(2) Mana-mana orang yang mentafsir secara menyeleweng mana-mana fatwa yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.