ENAKMEN 4 TAHUN 2005
ENAKMEN WASIAT ORANG ISLAM (NEGERI MELAKA) 2005
BAHAGIAN II - PELAKSANAAN WASIAT
Seksyen 7. Syarat benefisiari.
Seseorang benefisiari sesuatu wasiat hendaklah seseorang yang—
(a)
diketahui;
(b)
layak untuk memiliki harta yang diwasiatkan; dan
(c)
jika ditentukan, dia hendaklah wujud ketika wasiat itu dibuat dan jika tidak ditentukan, dia tidak disyaratkan wujud sama ada ketika wasiat itu dibuat atau ketika pewasiat itu mati.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.