ENAKMEN 3 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN (MAHKAMAH SYARIAH) 1994
BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB VIII - PEMERIKSAAN SAKSI
Seksyen 105. Mahkamah akan memutuskan bila soalan boleh ditanya dan bila saksi boleh dipaksa menjawab.
(1) Jika sesuatu soalan adalah berhubungan dengan sesuatu perkara yang tidak relevan dengan guaman atau prosiding itu, kecuali setakat yang ia menyentuh kebolehpercayaan saksi itu dengan jalan mencemarkan sifat perangainya, Mahkamah hendaklah memutuskan sama ada saksi itu boleh dipaksa menjawab soalan itu atau tidak, dan Mahkamah boleh, sekiranya difikirkannya tidak patut memaksa saksi itu menjawab soalan itu, memberitahu kepada saksi itu bahawa dia tidak dimestikan menjawabnya.
(2) Pada menjalankan budi bicaranya, Mahkamah hendaklah memberi pertimbangan kepada perkara-perkara yang berikut-
(a)
soalan-soalan itu adalah patut jika ia adalah dari jenis yang begitu rupa maka kebenaran tohmahan yang diajukan olehnya akan menimbulkan kesan yang mendalam terhadap pendapat Mahkamah tentang kebolehpercayaan saksi itu atas perkara yang dia memberi keterangan;
(b)
soalan-soalan itu adalah tidak patut jika tohmahan yang diajukan olehnya adalah berkenaan dengan perkara-perkara yang berlaku terlalu lama dahulu atau yang bersifat yang begitu rupa maka kebenaran tohmahan itu tidak akan menimbulkan kesan ataupun akan menimbulkan kesan yang sedikit sahaja terhadap pendapat Mahkamah tentang kebolehpercayaan saksi itu atas perkara yang dia memberi keterangan:
(c)
soalan-soa]an itu adalah tidak patut jika didapati ketakseimbangan yang besar di antara kepentingan tohmahan yang dibuat terhadap perangai saksi itu dan kepentingan keterangannya:
(d)
Mahkamah boleh, jika ia fikirkan patut, mengambil inferens daripada keengganan saksi itu menjawab, bahawa jawapannya, jika diberi, tidak akan memihak kepadanya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.