ENAKMEN 13 TAHUN 1994
ENAKMEN TABUNG AMAL JARIAH NEGERI 1994


Fasal 13. Kuasa Pihak Berkuasa Negeri berhubungan dengan Lembaga.

(1) Pihak Berkuasa Negeri boleh memberi kepada Lembaga apa-apa arahan bersifat am yang tidak tak konsisten dengan peruntukan-peruntukan Enakmen ini yang ada hubungan dengan perjalanan dan pelaksanaan fungsi-fungsinya dan Lembaga hendaklah melaksanakan segala arahan itu.

(2) Lembaga hendaklah memberi kepada Pihak Berkuasa Negeri apa-apa penyata, akaun dan lain-lain maklumat berkenaan dengan aset dan aktiviti Tabung sebagaimana yang dikehendakinya dari semasa ke semasa.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.