ENAKMEN 11 TAHUN 1991
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1991

BAHAGIAN VI - PELBAGAI



Seksyen 24. Majlis boleh mengarahkan pendakwaan.

(1) Majlis boleh mengarahkan apa-apa pendakwaan bagi apa-apa kesalahan di bawah Enakmen ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya.

(2) Pendaftar, Timbalan Pendaftar dan mana-mana orang yang telah diberi kuasa secara bertulis oleh Majlis boleh menjalankan apa-apa jua pendakwaan seperti itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.