ENAKMEN 6 TAHUN 2004
ENAKMEN KELUARGA ISLAM (PERAK) 2004

BAHAGIAN III - PENDAFTARAN PERKAHWINAN



Seksyen 30. Salinan catatan hendaklah dihantar kepada Ketua Pendaftar

(1) Tiap-tiap Pendaftar hendaklah, dengan seberapa segera yang boleh dilaksanakan selepas berakhirnya setiap satu bulan, menyerahkan kepada Ketua Pendaftar suatu salinan tiap-tiap catatan yang diperakui benar di bawah tandatangannya yang telah dibuat dalam Daftar Perkahwinan.

(2) Semua salinan itu hendaklah disimpan oleh Ketua Pendaftar mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditetapkan dan hendaklah menjadi Daftar Perkahwinan Ketua Pendaftar.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.