ORDINAN 9 TAHUN 1991
ORDINAN KETERANGAN SYARIAH 1991

BAHAGIAN II - MENGENAI BUKTI
BAB V
Anggapan Tentang Dokumen



Seksyen 62. Anggapan tentang salinan yang diperakui.

(1) Mahkamah hendaklah menganggap sebagai tulen tiap-tiap dokumen yang berupa sebagai suatu perakuan, salinan yang diperakui atau lain-lain dokumen, yang ditetapkan oleh undang-undang boleh diterima sebagai keterangan mengenai sesuatu nyataan yang tertentu dan yang berupa sebagai diperakui oleh mana-mana pegawai Kerajaan di dalam atau di luar Malaysia yang diberi kuasa memperakuinya:

Dengan syarat bahawa dokumen itu adalah pada asasnya mengikut bentuk dan berupa sebagai disempurnakan mengikut cara yang diarahkan oleh undang-undang bagi maksud itu.

(2) Mahkamah hendaklah juga menganggap bahawa mana-mana pegawai yang olehnya sesuatu dokumen itu berupa sebagai ditandatangani atau diperakui telah memegang, pada masa dia menandatanganinya, jawatan rasmi yang dia nyatakan dalam dokumen itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.