ENAKMEN 5 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA



Seksyen 33. Jawatankuasa Syariah.


(1) Maka hendaklah ada suatu jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Syariah.

(2) Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada-


(3) Orang yang sebaik sahaja sebelum berkuatkuasa seksyen ini, telah dilantik sebagai ahli jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 35 (1) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak 1959 hendaklah dianggap telah dipilih atau dilantik menjadi ahli Jawatankuasa Syariah dan hendaklah terus menjadi ahli sehingga tamat tempoh perlantikannya.

(4) Pengerusi dan dua orang ahli Jawatankuasa yang lain, seorang daripadanya hendaklah bukan anggota Majlis, hendaklah menjadi bilangan yang cukup.

(5) Apabila Mufti bercadang hendak membuat fatwa di bawah seksyen 30, dia hendaklah memanggil suatu mesyuarat Jawatankuasa bagi maksud membincangkan fatwa yang dicadangkan itu.

(6) Jawatankuasa hendaklah menimbangkan cadangan tersebut dan hendaklah, melainkan pada pandangan Jawatankuasa persoalan yang dirujukkan itu adalah remeh atau atas sebab-sebab lain tidak sepatutnya diputuskan, menyediakan satu rang fatwa berkenaan. Jika rang fatwa yang disediakan itu diluluskan dengan sebulat suara oleh Jawatankuasa, Mufti hendaklah bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa memutuskan fatwa yang berkenaan.

(7) Sebelum Mufti membuat fatwa, ia boleh mengarahkan suatu kajian atau penyelidikan dibuat dan kertas kerja disediakan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.