ENAKMEN 5 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN III - PIHAK-PIHAK



Seksyen 22. Remedi kerana kemungkiran.

Apabila sesuatu permohonan patut dibuat di bawah seksyen 21 dan tidak dibuat dalam tempoh masa yang munasabah, Mahkamah boleh dengan sendirinya atau atas permohonan mana-mana pihak memerintah pihak atau orang berkenaan supaya membuat permohonan dalam suatu tempoh masa tertentu, dan jika kemungkiran berlaku, boleh membatal atau menolak prosiding itu, atau memerintah supaya pihak atau orang berkenaan terhindar daripada membela, mengikut yang mana berkenaan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.