ORDINAN 9 TAHUN 1991
ORDINAN KETERANGAN SYARIAH 1991

BAHAGIAN II - MENGENAI BUKTI
BAB V
Keterangan Dokumentar



Seksyen 50. Keterangan sekunder.

Keterangan sekunder adalah termasuk-

MISALAN


(
a) Sesuatu gambarfoto bagi naskhah asal keterangan sekunder mengenai kandungannya, walaupun gambarfoto dan naskhah asal itu tidak dibandingkan sekiranya dibuktikan bahawa benda yang telah digambarfoto itu adalah naskhah asal.

(
b) Sesuatu salinan yang telah dibandingkan dengan salinan surat yang telah dibuat dengan mesin penyalin adalah keterangan sekunder mengenai kandungan surat itu sekiranya dibuktikan bahawa salinan yang dibuat daripada mesin penyalin itu telah dibuat dengan naskhah asal.

(
c) Sesuatu salinan yang disalin daripada salinan dan yang kemudiannya dibandingkan dengan naskhah asal adalah keterangan sekunder, akan tetapi salinan yang tidak dibandingkan dengan naskhah asal itu bukanlah keterangan sekunder mengenai naskhah asalnya walaupun salinan yang daripadanya ia dibuat telah dibandingkan dengan naskhah asal.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.