ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH DALAM SYARAK 1991

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XX - DARIHAL JAMINAN



Seksyen 165. Pelaksanaan bon.

Sebelum seseorang dilepas atas jaminan atau dilepaskan atas bon dirinya sendiri, hendaklah orang itu melaksanakan bon bagi jumlah yang dianggap mencukupi oleh Pegawai Penguatkuasa Syariah atau pegawai polis atau Mahkamah dan apabila dia dilepas atas jaminan dengan memberi satu atau lebih penjamin, atas syarat bahawa orang itu hendaklah hadir pada masa dan di tempat yang disebut di dalam bon itu dan dia akan terus hadir melainkan diarahkan sebaliknya oleh Pegawai Penguatkuasa Syariah atau pegawai polis atau Mahkamah, mengikut mana yang berkenaan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.