ENAKMEN 12 TAHUN 1985
ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN V - PEMBUBARAN PERKAHWINAN



Seksyen 50. Anggapan mati.

(1) Jika suami seseorang perempuan telah mati, atau dipercayai telah mati, atau telah tidak didapati apa-apa perkhabaran mengenainya selama tempoh tujuh tahun atau lebih, dan hal keadaan adalah sebegitu hingga dia patut, bagi maksud membolehkan perempuan itu berkahwin semula, dianggap menurut Hukum Syara' sebagai telah mati, tetapi perakuan kematian di bawah Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 [Akta 299] tidak dapat diperolehi, Mahkamah boleh, atas permohonan perempuan itu dan selepas apa-apa penyiasatan yang wajar, mengeluarkan, dalam borang yang ditetapkan, suatu perakuan menganggap suami itu telah mati, dan kemudian daripada itu perempuan itu adalah bebas berkahwin semula mengikut Enakmen ini.

(2) Suatu perakuan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) hendaklah disifatkan sebagai perakuan kematian suami itu dalam erti seksyen 12(4) (b).

(3) Dalam hal keadaan yang disebut dalam subseksyen (1), seseorang perempuan adalah tidak berhak berkahwin semula tanpa suatu perakuan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1), walaupun Mahkamah Tinggi mungkin telah memberi kebenaran menganggap suami itu telah mati.

(4) Perakuan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) hendaklah didaftarkan seolah-olah perakuan itu telah mewujudkan perceraian.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.