ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN XII - PEMINDAHAN PROSIDING



Seksyen 93. Pemindahan daripada Mahkamah Tinggi Syariah ke Mahkamah Rendah Syariah.

(1) Jika melalui suatu perintah Mahkamah Tinggi Syariah apa-apa prosiding diperintahkan dipindah ke Mahkamah Rendah Syariah, atau suatu isu diarahkan supaya dibicarakan dalam Mahkamah Syariah itu, Pendaftar, apabila menerima perintah itu, hendaklah mencatatkan prosiding itu dalam Buku Daftar Kes yang berkenaan, dan memberikan notis dalam Borang MS 16, sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh kehadiran, kepada tiap-tiap pihak supaya hadir di hadapan Mahkamah untuk mendapatkan apa-apa arahan tentang perjalanan lanjut prosiding itu.

(2) Tertakluk kepada apa-apa arahan yang terkandung dalam perintah Mahkamah Tinggi Syariah tersebut, perbicaraan itu hendaklah diteruskan seolah-olah prosiding itu telah dimulakan dalam Mahkamah Rendah Syariah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.