ENAKMEN 6 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1996
BAHAGIAN 2 - PEMBUKTIAN
BAB 5 - KETERANGAN DOKUMENTAR
Anggapan Tentang Dokumen
Seksyen 66. Anggapan tentang koleksi undang-undang dan laporan keputusan.
Mahkamah hendaklah menganggap ketulenan tiap-tiap buku yang berupa
---
(a) sebagai dicetak atau diterbitkan di bawah kuasa Kerajaan mana-mana negara dan sebagai mengandungi apa-apa undang-undang negara itu; atau
(b) sebagai mengandungi laporan keputusan-keputusan mahkamah negara itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.