ENAKMEN 7 TAHUN 2002
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002
BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA
Seksyen 12. Pembatalan pelantikan.
Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Pihak Berkuasa Negeri, boleh membatalkan pelantikan mana-mana anggota Majlis jika-
(
a
) kelakuannya, sama ada yang berkaitan dengan kewajipannya sebagai anggota atau selainnya, ialah kelakuan yang memburukkan nama Majlis;
(
b
) dia telah menjadi tidak berupaya untuk menjalankan kewajipannya dengan sempurna
sebagai anggota;
(
c
) tanpa apa-apa alasan yang mencukupi pada pendapat Pengerusi, dia telah tidak menghadiri tiga mesyuarat Majlis secara berturut-turut;
(
d
) dia telah bertindak bertentangan dengan kepentingan Majlis; atau
(
e
) dia diisytiharkan bankrap.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.