ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH DALAM SYARAK 1991

BAHAGIAN II - PERATURAN-PERATURAN AM MENGENAI MAHKAMAH-MAHKAMAH JENAYAH
BAB III - DARIHAL MENANGKAP, MELARIKAN DIRI DAN MENANGKAP SEMULA



Seksyen 22. Bagaimana tindakan terhadap orang yang ditangkap dan tahanan yang lebih dua puluh empat jam.

(1) Seorang Pegawai Penguatkuasa Syariah atau pegawai polis yang menangkap orang tanpa waran di bawah Enakmen ini hendaklah dengan tidak berlengah-lengah lagi dan tertakluk kepada peruntukan-peruntukan di dalam Enakmen ini mengenai jaminan atau kelepasan yang terdahulu, membawa atau menghantarkan orang yang ditangkap itu ke Mahkamah Kadi.

(2) Pegawai Penguatkuasa Syariah atau pegawai polis tidak boleh menahan seseorang yang ditangkap tanpa waran lebih daripada masa yang patut dengan menimbangkan semua keadaan yang munasabah terhadap kes itu.

(3) Masa yang patut itu hendaklah tidak melebihi dua puluh empat jam tanpa dikirakan masa yang perlu untuk perjalanan dari tempat penangkapan ke Mahkamah Kadi.

(4) Apabila seseorang yang ditangkap dikemukakan di hadapan Mahkamah, maka Mahkamah itu boleh terus mendengar pertuduhan terhadap orang itu atau menangguhkan kes itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.