ENAKMEN 9 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 2002

BAHAGIAN III - PERUNTUKAN AM YANG LAIN
BAB 3 - DARIHAL PROSES UNTUK MEMAKSA KEHADIRAN

WARAN TANGKAP



Seksyen 35. Pemberitahuan tentang isi waran.

Pegawai Penguat kuasa Agama atau pegawai polis atau orang lain yang melaksanakan waran tangkap hendaklah memberitahukan isi waran itu kepada orang yang ditangkap dan jika dikehendaki sedemikian hendaklah mengemukakan dan menunjukkan kepadanya waran itu atau salinannya di bawah meterai Mahkamah yang mengeluarkan waran itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.