ENAKMEN 9 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 2002

BAHAGIAN IX - PEMBAYARAN KE DALAM DAN DARIPADA MAHKAMAH



Seksyen 72. Pembayaran ke dalam Mahkamah

(1) Defendan boleh membayar wang ke dalam Mahkamah sebagai penyelesaian tuntutan atau mana-mana bahagiannya dan boleh juga membayar ke dalam Mahkamah sejumlah wang berkenaan dengan kos.

(2) Defendan hendaklah memberikan notis kepada plaintif mengenai pembayaran itu dan, jika bayaran itu kurang daripada jumlah yang dituntut, notis itu hendaklah menyatakan berkenaan dengan apa pembayaran itu dibuat.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.