ENAKMEN 5 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN XXXI - RAYUAN



Seksyen 236. Rekod rayuan.

(1) Apabila pihak merayu telah memenuhi kehendak seksyen 234 dan 235 atau Jawatankuasa Ulang Bicara telah membenar pihak merayu sebagai seorang papa, Mahkamah di mana rayuan itu dibuat hendaklah menyediakan bilangan yang dikehendaki salinan rekod rayuan yang dikehendaki dan rekod itu hendaklah mengandungi salinan-salinan-


(2) Sebaik sahaja rekod rayuan siap disediakan Mahkamah dari mana rayuan dibuat hendaklah menyampaikan kepada pihak merayu notis dalam Borang 36.

(3) Jika pihak merayu berpendapat bahawa mana-mana dokumen yang menjadi ekshibit adalah tidak perlu dimasukkan ke dalam rekod itu, ia hendaklah mendapat kebenaran bertulis semua pihak kepada rayuan itu supaya dokumen itu digugurkan daripada rekod itu. Kebenaran bertulis itu hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar.

(4) Apabila diminta oleh pihak merayu dan, jika deposit yang tersebut di dalam seksyen 234 (5) tidak mencukupi, Pendaftar hendaklah setelah dijelaskan oleh pihak merayu bayaran selanjutnya bagi mencukupi kos penyediaan rekod rayuan itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.