ENAKMEN 9 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 2002

BAHAGIAN XX - PROSIDING INTERLOKUTORI DAN PERINTAH INTERIM
BAB 2 - PERINTAH INTERIM



Seksyen 202. Perintah interim tentang nafkah

(1) Tertakluk kepada Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 1987, jika Mahkamah berpuas hati, atas permohonan mana-mana pihak yang berhak mendapat nafkah dalam apa-apa kausa atau perkara, bahawa hal keadaan memerlukan dibuat suatu perintah interim tentang nafkah terhadap orang yang bertanggungan menurut Hukum Syarak untuk membayar nafkah, maka Mahkamah boleh membuat perintah sedemikian yang hendaklah berkuat kuasa sertamerta dan terus berkuat kuasa sehingga Mahkamah membuat keputusan atas kausa atau perkara itu.

(2) Jika permohonan yang tersebut dalam subseksyen (1) adalah berkenaan dengan suatu perintah interim untuk mendapatkan nafkah seseorang kanak-kanak, Mahkamah tidak boleh membuat perintah sedemikian melainkan jika Mahkamah berpuas hati bahawa bapa kanak-kanak itu atau seseorang yang bertanggungan menurut Hukum Syarak untuk mebayar nafkah kanak-kanak itu berkeupayaan untuk membayar nafkah yang dipohon itu.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.