ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN IV - PIHAK-PIHAK
BAB 3 - ORANG MISKIN



Seksyen 31. Permohonan menuntut atau membela sebagai orang miskin.

(1) Mana-mana orang yang ingin memulakan atau membela apa-apa tindakan atau prosiding lain mengikut haknya sendiri dan tidak upaya membayar fee Mahkamah boleh memohon kepada Mahkamah, untuk mendapat kebenaran menuntut atau membela sebagai orang miskin.

(2) Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang MS 4 yang disokong dengan afidavit dan pemohon hendaklah menyatakan di dalamnya -

(3) Apabila Mahkamah berpuas hati -

Mahkamah hendaklah membuat suatu perintah membenarkan pemohon itu menuntut atau membela, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebagai orang miskin.

(4) Setelah perintah di bawah subseksyen (3) dibuat, saman atau proses lain dalam tindakan itu atau prosiding lain itu dan catatan yang releven dalam buku daftar hendaklah ditanda "orang miskin".

(5) Jika Mahkamah tidak berpuas hati ia hendaklah menolak permohonan itu dan tiada rayuan boleh dibuat terhadap penolakan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.