ORDINAN 7 TAHUN 1991
ORDINAN ACARA MAL SYARIAH 1991

BAHAGIAN XXXIII - PERUNTUKAN AM



Seksyen 252. Penyediaan dokumen.

Seseorang pegawai Mahkamah boleh menurut budi bicaranya dan hendaklah, jika diperintahkan sedemikian oleh Mahkamah atau Pendaftar, membantu mana-mana pihak yang tidak ada peguam untuk menyediakan apa-apa dokumen yang hendak difailkan di Mahkamah atau digunakan berkaitan dengan mana-mana prosiding. Tiada fee, saraan atau ganjaran apa-apa jenis boleh diambil kerana bantuan ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.