ENAKMEN 3 TAHUN 1987
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1987

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI ANAK DAN LAIN-LAIN



Seksyen 60. Kuasa Mahkamah untuk memerintahkan nafkah bagi isteri dan akibat nusyuz.


(1) Tertakluk kepada Hukum Syara', Mahkamah boleh memerintahkan seseorang lelaki membayar nafkah kepada isteri atau bekas isterinya.

(2) Tertakluk kepada Hukum Syara' dan pengesahan Mahkamah, seseorang isteri tidaklah berhak mendapat nafkah apabila dia nusyuz atau dengan tidak berpatutan enggan menurut kemahuan atau perintah sah suaminya, iaitu antara lain-


tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut Hukum Syara' .

(3) Selepas sahaja isteri itu bertaubat dan menurut kemahuan dan perintah sah suaminya, maka isteri itu tidaklah lagi menjadi nusyuz.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.